Thursday, 24 December 2015

Panduan Penjagaan Rahim Wanita Untuk Kesihatan Dan Keharmonian Rumahtangga

Panduan Penjagaan Rahim Wanita Untuk Kesihatan Dan Keharmonian Rumahtangga





Panduan Penjagaan Rahim Wanita Untuk Kesihatan Dan Keharmonian Rumahtangga

Di klinik ibu dan anak, kami biasanya hanya ingin menerima kes yang telah diberi temujanji, namun ada juga kes-kes tertentu yang terpaksa dilihat tanpa temujanji. Semalam, jururawat memberitahu ada seorang wanita ingin berjumpa doktor kerana ingin bertanyakan sesuatu. Apa? Nak tanya je? Mana-mana doktor pun dia boleh tanya kot, tak perlu nak menyibuk ketika temujanji orang lain. Kerana tidak suka menolak pesakit ke sana-sini, saya terima juga wanita itu.
Dia masih muda, umurnya lewat 20-an dan soalan yang ditanya amat mengejutkan, iaitu,
“Bolehkah wanita yang tiada rahim mengandung?”
Alkisahnya wanita ini mengalami masalah senggugut yang sangat teruk sejak berusia 16 tahun, namun disangkakan itu adalah masalah biasa sahaja, jadi dia menahan sahaja sakit selama beberapa tahun sehinggalah disahkan menghidap penyakit endometriosis. Rupanya dalam masa yang sama, beliau turut mengalami masalah adenomyosis iaitu tisu rahim yang tumbuh dalam otot rahim dan menyebabkan beliau kelihatan seperti orang mengandung. Mahu tak mahu beliau terpaksa menerima cadangan doktor untuk membuang rahimnya kerana masalah senggugut dan pendarahan yang teruk setiap bulan yang tidak tertanggung.

Pentingnya rahim kepada wanita

Rahim diciptakan oleh Allah untuk mengangkat darjat wanita kerana rahim menjadi tempat pertumbuhan dan perlindungan janin yang menjadi lambang kasih-sayang antara suami dan isteri.
Namun, sayangnya ramai wanita yang tidak mengambil berat soal kesihatan rahim terutamanya wanita yang belum berkahwin dan wanita yang baru lepas bersalin. Memang kita tidak nampak keadaan rahim kita sebab itu kita harus menjaganya dengan sebaik mungkin.

Cara menjaga rahim

1. Kenali Sejarah Keluarga

Saya percaya mungkin ada dikalangan kita yang tidak mengetahui latar belakang keluarga, sama ada yang baik atau buruk. Sesuatu penyakit yang menimpa keluarga sepatutnya tidak dirahsiakan sebaliknya perlu diberitahu kepada ahli keluarga yang lain supaya langkah berjaga-jaga dan langkah pencegahan dapat diambil.
Sekiranya terdapat penyakit rahim dikalangan ahli keluarga, terutamanya ibu, adik-beradik, nenek atau ibu saudara. Setiap penyakit berkaitain baka, berisiko menyumbangkan 10% terhadap penyakit. Dan anda sepatutnya mengelakkan faktor persekitaran yang boleh menyebabkan penyakit.

2. Jangan Sengaja Lewatkan Berkahwin

Menurut kajian wajian yang lambat atau tidak hamil lebih terdedah kepada ancaman fibroid dan adenomyosis. Ini kerana fungsi utama rahim ialah untuk menampung kehamilan. Ketika hamil ia boleh mengembang dan membesar sehingga 1000 kali ganda daripada normal dan akan kembali kepada saiz asal selepas bersalin. Proses ini boleh mencegah daripada terjadinya fibroid dan adenomyosis.

3. Menjaga Keseimbangan Hormon

Wanita memang sinonim dengan masalah hormon dan 2 hormon yang sangat mempengaruhi rahim wanita ialah estrogen dan progesteron. Kedua-dua hormon ini mempunyai fungsi yang berlainan namun perlu saling seimbang dan bekerjasama. Gangguan imbangan hormon ini boleh mencetuskan bukan sahaja penyakit rahim malah boleh menjejaskan kesihatan wanita secara amnya. Kebiasaannya paras estrogen yang melebihi paras progesteron yang menyebabkan penyakit.
Antara faktor yang mempengaruhi kedua-dua hormon ini ialah tekanan fizikal dan mental serta gangguan emosi. Diet yang tidak terkawal iaitu yang mengandungi gula dan karbohidrat berlebihan, mengandungi bahan perisa dan pengawet berlebihan, obesiti dan penyakit PCOS boleh menyebabkan paras estrogen meningkat sedangkan paras estrogen berkurangan.
Jadi, wanita harus bijak memilih makanan yang seimbang, bijak mengawal tekanan dan amalkan senaman untuk hidup yang lebih sihat.

4. Menjaga Rahim Sejak Dari Kanak-Kanak

Seharusnya penjagaan rahim bermula daripada usia kanak-kanak lagi. Mungkin anak-anak tidak tahu, jadi tugas ibunya untuk memastikan anak sempurna dalam penjagaan kebersihan, maklumlah bukaan rahim adalah dekat dengan bukaan dubur dan bukaan pundi kencing yang mempunyai banyak kuman,
Anak-anak perlu digalakkan untuk memakan sayur dan pemakanan yang seimbang untuk membina daya ketahanan badan dan imuniti yang tinggi untuk mengelakkan sebarang jangkitan.
Dapatkan suplemen yang sesuai untuk anak-anak perempuan termasuk multivitamin, vitamin C dan minyak ikan untuk meningkatkan imunitinya.

5. Mengawal Berat Badan

Berat badan berlebihan memang turut mempengaruhi kesihatan rahim kerana wanita yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes lebih terdedah kepada risiko cyst dan hormon estrogen berlebihan. Kini, ramai yang terdedah kepada risiko obesiti sejak dari zaman kanak-kanak kerana pemakanan yang tidak dikawal.
Lambakan makanan segera kerana faktor gaya hidup yang semakin sibuk dan makanan segera sudah tentu pilihan yang lebih murah, menjadikan pelajar-pelajar termasuk pelajar sekolah dan pelajar universiti juga terdedah kepada masalah ini.
Jadi, bermula daripada berat berlebihan, gangguan hormon berlaku dan seterusnya mengganggu kelancaran haid dan akhirnya boleh merosakkan rahim.

wanita obes dan masalah rahim
Bayi ini memang nampak sangat comel, tetapi dia terdedah kepada masalah kesihatan apabila dewasa nanti

6. Menjaga Kehormatan Diri

Sekarang sudah menjadi fenomena. Asal buka surat khabar atau dengar berita mesti banyak cerita dengan perlakuan sumbang dan gejala sosial remaja termasuk sanggup menggugurkan bayi secara haram dan membuang bayi.
Apabila berlaku pengguguran bayi secara haram, risiko untuk jangkitan kuman ke dalam rahim adalah tinggi dan lama-kelamaan rahim boleh rosak dan remaja itu juga berisiko untuk mandul.
Selain itu, sekiranya remaja mengandung secara haram dan tidak mendapat penjagaan semasa mengandung dan berpantang dengan baik, risiko kerosakan rahim juga turut meningkat.

7. Makanan-Makanan Untuk Kesihatan Rahim

Perbanyakkan makanan-makanan yang dapat membantu untuk menjaga rahim. Antaranya ialah buah nenas yang mengandungi enzim bromalin dan betik yang mengandungi enzim papase yang berfungsi untuk membersihkan darah kotor yang tertinggal di dalam semasa haid.
Keledek merah pula membekalkan sedikit hormon progesteron, keladi mempunyai sedikit hormon estrogen dan ubi kayu mempunyai vitamin B17 yang merupakan antikanser.
Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai mempunyai fungsi anti radang yang turut memainkan peranan dalam menjaga kesihatan rahim.
Banyakkan makanan yang mengandungi antioksida termasuk sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi, pucuk paku, kubis, kacang, lobak merah, brokoli dan sebagainya. Selain itu, amalkan juga pemakanan buah-buahan seperti jambu, oren, mangga, epal, nenas, betik dan lain-lain serta kekacang seperti gajus, almond dan walnut. Bagus juga jika ditambahkan kismis dan buah kurma.
Untuk penjagaan rahim yang sihat juga, makanan seperti daging merah dan ayam sepatutnya dikurangkan. Sebaliknya lebihkan makan ikan seperti ikan kembung, ikan tenggiri, ikan bawal, mackerel, tuna, ikan tongkol dan lain-lain.
Selain itu, teh hijau yang mengandungi antioksida juga sangat baik untuk mencegah penyakit.

8. Suplemen Untuk Wanita

Selain itu, suplemen yang baik untuk rahim dan sangat penting untuk diamalkan untuk kesihatan berpanjangan bagi seseorang wanita ialah multivitamin, vitamin C sekurang-kurangnya 1000mg sehari, vitamin E sebanyak 400IU sehari, kalsium sebanyak 1000mg sehari dan minyak ikan dalam 1000-2000mg sehari sehingga akhir hayat.

9. Amalkan Jagaan Pantang Yang Betul

Saya akui kebanyakan wanita sekarang berkerjaya dan semakin sibuk. Kesukaran untuk mendapat cuti berpantang adakalanya menyebabkan wanita mengabaikan tempoh berpantang selepas bersalin. Sepatutnya wanita harus memberi masa kepada diri sendiri untuk betul-betul sembuh daripada luka luaran dan dalaman selepas bersalin untuk memastikan rahim sihat sepenuhnya kerana perubahan yang berlaku semasa hamil.
Para suami juga seharusnya memahami keadaan wanita dan memberi masa untuk berpantang untuk menyembuhkan kembali luka supaya dapat mengembalikan kesihatan seperti sebelum mengandung. 
Lagipun, lama lagi nak guna badan tu.




Sunday, 20 December 2015

Panduan Pemakanan Ibu Mengandung


PANDUAN PEMAKANAN IBU MENGANDUNG


Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • > Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • > Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • > Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • > Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • > Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.



Piramid Makanan
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.
Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Friday, 18 December 2015

5 Tip Pemakan Untuk Kulit Yang Sihat



Assalamualaikum .... 

Hai ... Blog ni akan saya kongsikan "Bagaimana Untuk Anda Kelihatan Cantik Menawan " Insyaallah dengan tip yang sedikit ini mampu membuatkan pasangan anda bertambah sayang pada anda ... 

Dalam menjaga kelembutan dan kehalusan kulit .. Pemakan yang seimbang sangat diperlukan ...

Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit ...

Kulit memerlukan hampir lebih dari 80Jenis sayur-sayuran dan buah-buahan .. Tetapi untuk memakan hampir 80 Jenis sayur dan buah ... Mungkin memerlukan masa 1 Hari ... Untuk habis ... hihihi .. .

So saya kongsikan pada anda ... 5 Jenis Makanan Yang Sangat Diperlukan Oleh Kulit agar anda kelihatan cantik dan berseri-seri setiap hari .... 



1 - Salat 

Anda tahu tak .. 6 helai daun salat mengandung hampir 100 peratus keperluan vitamin A .. Vitamin A mampu untuk MEREMAJAKAN kulit anda dengan cara pergantian sel ..

Selain itu penambahan kandungan kalium dalam salat juga mampu untuk menambahkan zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah . 

Jadi kalau anda inginkan cantik seperti Selebriti ... Amalkanlah sekurang-kurangnye 6 helai daun salat sehari ... 



2 - Tomato 

Anda tahu sewaktu awal tahun 2000 ... Ramai diantara remaja wanita mengamalkan pemakan tomato dimalam hari ... Untuk meningkatkan kadar penggantian kologen dalam kulit muka ... 

Kajian menunjukkan dengan memakan tomato setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran matahari .. 

Selain itu kulit mempunyai lebih banyak kologen untuk mencegah kulit daripada kendur  ... 



3  - Strawberry 

Strawberry yang dalam bahasa Belanda disebut arbei atau yang biasa juga disebut dengan stroberi kebun adalah salah satu jenis strawberry yang populer di dunia.

Warna yang dimiliki buah ini biasanya adalah hijau keputihan pada saat sedang muda, setelah masak buah ini akan berubah warna menjadi merah.

Kandungan buah ini banyak sekali diantaranya adalah berbagai macam vitamin seperti vitamin A dan C, kalsium
 , asam salisilat, zat besi, dan masih banyak lagi.

Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen.

Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit.

Wanita dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.





4 - Soya 

Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an.

Oleh itu, anda digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.





5 -  Epal

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

Selamat Mencuba .... 

Thursday, 17 December 2015

4 Cara Melicinkan Kulit Muka Yang Anda Kena Tahu

4 Cara Melicinkan Kulit Muka Yang Anda Kena Tahu





Sama ada anda mengalami masalah kulit yang kering, masalah parut muka ataupun masalah muka berlubang anda semestinya ingin memiliki kulit yang licin dan suci bersih. Anda semestinya ingin merawat kondisi ini dengan cepat, namu tiada cara yang berkesan dengan cepat.
Biasanya orang akan menyakinkan anda untuk membeli produk-produk kecantikan dengan harga yang mahal, namun tiada jaminan tentang keberkesanannya.
Adakah anda tahu bahawa untuk cantik dan memiliki kulit muka yang licin, anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar, bahkan terdapat banyak cara penjagaan kulit wajah secara tradisional, dan ianya berkesan lagi murah!
Berikut adalah beberapa cara melicinkan kulit muka serta petua tradisional yang anda boleh amalkan. Entri ini akan meliputi 6 bahagian:
  1. Kaedah #1 : Mencuci Muka dengan Betul
  2. Kaedah #2 : Exfoliate
  3. Kaedah #3 : Lembapkan Kulit Muka (Moisturizing)
  4. Kaedah #4 : Rawatan
  5. Tips Tambahan
  6. Amaran
Bersedia? Berikut adalah Langkah #1

KAEDAH #1 : MENCUCI MUKA DENGAN BETUL



Salah satu perkara yang penting dalam penjagaan kulit muka adalah kebersihannya. Sekiranya anda inginkan kulit yang cantik bersih, anda perlu kerapkan mencucinya dengan cara dan langkah yang betul.

1. Cuci Muka Setiap Hari

Untuk mendapat kulit muka yang licin, lembut dan suci anda perlu selalu mencucinya dengan konsisten. Petua ini adalah perkara utama dan anda perlu amalkannya setiap hari, jika anda mahu mendapatkan hasil yang memuaskan.
Membersihkan muka dengan kerap bukan sahaja boleh mengembalikan kelembapanyang sesuai untuk kulit muka, bahkan ia juga boleh menyegarkan badan anda.

2. Gunakan Sabun/Pencuci Muka yang Sesuai, Pada Masa yang Tepat

Gunakan pencuci muka yang dikhususkan untuk penggunaan pada muka. Jangan menggunakan sabun badan pada muka kerana ia boleh menyebabkan kulit muka anda mudah kering.
Lagipun, sabun pencuci muka direka untuk kulit muka. Kebanyakan produk yang anda boleh dapatkan dipasaran memuatkan nutrisi dan bahan-bahan yang boleh mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit muka.
Kulit muka adalah antara kulit badan yang paling sensitif, oleh itu jagalahnya dengan baik.

3. Bilas Dengan Sempurna

Setelah anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan anda, adalaha terbaik jika anda bilas semua kesan sabun yang terdapat pada muka anda dengan air yang bersih.
Pastikan anda menghilangkan semua kesan sabun tersebut dari muka, hal ini kerana kesan sabun tersebut mungkin mengandungi kesan bakteria dari muka anda. Sekiranya tidak dibilas dengan betul, bakteria tersebut mungkin boleh hinggap balik ke atas muka anda.

4. Keringkannya Dengan Betul

Lapkan muka anda dengan tuala yang bersih. Anda juga boleh menggunakan tisu untuk tujuan ini. Apa yang paling penting dalam langkah ini adalah kebersihan pada tuala tersebut. Jika anda menggunakan tuala/tisu muka yang kotor, muka anda ada kemungkinan untuk dihinggapi oleh bakteria.
Kaedah #2 : Exfoliate

cara melicinkan kulit muka dengan cepat

Exfoliate ataupun terkelupas merujuk kepada proses sel kulit yang sudah mati terkelupas dari badan dan akan digantikan dengan sel kulit yang baharu.
Langkah ini adalah baik kepada anda kerana ia boleh menggantikan sel yang sudah rosak (penyebab kulit berkedut dan masalah kulit yang lain) dan mengembalikan keanjalan kulit muka, awet muda anda. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Buat Skrub Muka (face scrub)

Jika anda tidak biasa dengan istilah face scrub, ia adalah merujuk kepada topeng sementara yang dipakai untuk tujuan kecantikan, mengembalikan kulit muka yang cantik. Terdapat banyak produk face scrub ataupun face mask dipasaran dunia mahupun tempatan.
Namun, anda tidak perlu berbelanja banyak duit untuknya kerana anda boleh membuat face scrub sendiri. Cara-caranya adalah:
  • Campurkan 3 sudu serbuk penaik (baking soda) ke dalam satu bekas.
  • Tuangkan air yang secukupnya untuk membentuk scrub, jangan terlalu sedikit ataupun terlalu banyak.
Baking soda/powder akan mengeluarkan sebarang kotoran atau sel mati yang berada di bahagian muka anda.

2. Basahkan muka dengan air suam

Sebelum anda menyapu scrub tersebut pada muka, anda perlu membasuh muka anda dengan air suam terlebih dahulu. Hal ini kerana untuk menanggalkan bakteria ataupun kotoran lain yang terdapat pada muka anda.
Aplikasi face scrub adalah sesuai diamalkan semasa mandi.

3. Gunakan exfoliant Pada Muka

Sapukan exfoliant ataupun face scrub yang anda buat sebentar tadi secara perlahan-lahan pada permukaan kulit muka (dengan berhati-hati).
Pastikan anda menyapu pada tempat-tempat yang ketara/kritikal seperti dagu dan dahi. Namun, elakkan daripada menyapu pada tempat berhampiran mata.

4. Gosok Pada Permukaan Muka

Setelah anda menyapu exfoliant tersebut, anda dikehendaki untuk menggosoknya dengan perlahan-lahan agar lapisannya sekata.
Selepas itu, anda digalakkan untuk membiarkan face scrub tersebut untuk seketika (antara 5-10 minit) agar baking soda/powder tersebut boleh bertindak balas dengan sempurna pada permukaan kulit.

5. Bilas dan keringkan muka anda

Selepas itu, bilas muka anda dengan air yang bersih dan lap dengan kain yang lembut.
Sekiranya kulit anda agak kering selepas bilas, sila baca langkah-langkah untuk melembapkan muka di bawah.

KAEDAH #3 : LEMBAPKAN MUKA (MOISTURIZING)

cara berkesan melicinkan kulit muka

Selepas mencuci muka anda dengan pencuci muka yang sesuai ataupun menggunakan exfoliant, anda digalakkan untuk menggunakan pelembap muka (moisturizer) untuk mengembalikan kelembapan pada muka anda.
Adakah anda maklum bahawa salah satu petua orang Korea menjaga kulit mereka adalah dengan menggunakan pelembap?
Berikut adalah langkah-langkahnya.

1. Guna Pelembap (moisturizer) Selepas Cucian Muka

Anda digalakkan untuk kerapkan penggunaan pelembap, lebih-lebih lagi selepas mencuci muka.
Mencuci muka boleh mengeringkan kulit muka anda, dan dengan menggunakan pelembap, ia boleh mengembalikan kelembapan kulit tersebut.
Sekiranya anda mengalami masalah jerawat, anda perlu dapatkan produk pelembap yang bebas minyak ataupun pelembap yang dibuat khusus untuk wajah yang berjerawat. Sama juga kepada kulit muka yang sensitif, anda perlu dapatkan produk pelembap yang sesuai dengan kulit anda.

2. Gunakan Produk Pelembap yang Biasa

Untuk pengetahuan anda, produk pelembap muka yang biasa sudah memadai untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda.
Anda boleh memulakan amalan penggunaan produk pelembap ini dengan produk yang biasa-biasa dahulu.
Apa yang penting adalah mengamalkannya dengan konsisten.

3. Gunakan Pelembap yang Lebih Berkualiti

Sekiranya produk pelembap yang anda guna tidak mamadai, anda perlu beralih kepada jenama yang lebih berkualiti seperti Dove ataupun jenama yang lain (dan juga mungkin lebih mahal).
Namun, anda boleh mendapatkan hasil yang lebih memuaskan.

4. Gunakan Pelembap dengan Berpada-Pada

Walaupun anda perlu menggunakan pelembap muka dengan kerapa, namun jangan menggunakan moisturizer secara berlebih-lebihan kerana ia boleh memudaratkan kulit muka anda, bukannya sebaliknya.
Adalah terbaik bagi anda untuk membaca arahan produk pelembap tersebut secara teliti sebelum mengaplikasikannya.
Seboleh-bolehnya anda menggunakan produk pencuci muka dan pelembap yang sama untuk mengelakkan reaksi kimia yang mungkin memudaratkan muka anda.

KAEDAH #4 : RAWATAN DAN PETUA TRADISIONAL

cara melicinkan kulit wajah secara tradisional

Setelah mengamalkan cara penjagaan kulit muka dengan betul, anda boleh menggunakan beberapa cara rawatan dan petua tradisional di bawah untuk mengembalikan kecantikan wajah anda. Dan sudah pasti, melicinkan kulit muka anda secara total.

1. Cuci Kulit Dengan Kunyit

Ya, anda boleh menggunakan kunyit untuk merawat kulit muka anda. Tidak percaya? Cara-caranya adalah seperti berikut: (mudah sahaja)
  • Campurkan satu sudu yogurt (yang biasa) dan satu sudu serbuk kunyit.
  • Gaulkannya sehingga menjadi satu pes.
  • Sapukan pada muka anda, pastikan tidak terkena mata.
  • Biarkan selama 20 minit.
  • Kemudian bilas dengan air
Namun, beberapa perkara anda perlu ambil perhatian jika berminat untuk mencuba cara ni:
  • Anda tidak digalakkan untuk mencuba kaedah ini dengan kerap sekiranya anda mempunyai kulit yang cerah. Hal ini kerana kunyit boleh meninggalkan kesan warna pada kulit. Nanti kulit anda menjadi kuning seperti dalam emoji.
  • Bilas mask tersebut dengan air yang bersih sahaja, jangan menggunakan sabun kerana ia boleh menanggalkan bakteria baik yang ada pada yogurt tersebut.
  • Kunyit juga boleh meninggalkan kesan warna pada kain dan baju. Jadi berhati-hati jika tidak mahu pakaian anda kotor.

2. Bersihkan Kulit dengan Cuka Epal (apple cider vinegar)

Dapatkan satu botol cuka epal dan tuangkannya sedikit ke atas tisu muka ataupun ke atas tuala muka. Sapukannya pada permukaan kulit yang berkenaan dan biarkannya selama 2 minit sebelum membilasnya.
Untuk bilasan, digalakkan untuk menggunakan air yang bersih sahaja tanpa sabun. Hal ini kerana sabun boleh menanggalkan bakteria semula jadi yang ada dalam cuka tersebut.
Ia akan memberikan bau yang kurang enak semasa penyapuan, namun akan hilang sebaik sahaja ia kering.

3. Guna Madu

Ini adalah salah satu cara yang popular, kerana ia mudah untuk didapati, murah dan senang. Madu seara semulajadi mempunyai banyak khasiat. Berikut adalah langkah-langkahmelicinkan kulit muka dengan menggunakan madu:
  • Campurkan madu dan yogurt sehingga ia sebati. Kuantiti adalah mengikut kehendak dan keperluan masing-masing.
  • Sapukannya pada permukaan muka dan biarkannya selama 20 minit.
  • Bilas dengan air yang bersih.
Amalkan kaedah ini setiap hari, nescaya anda akan mendapati perubahan dalam masa 1-2 minggu. Madu tidak mempunyai sebarang kemudaratan, jadi yang risau.

4. Guna Tomato

Anda boleh melicinkan kulit muka dengan menggunakan tomato. Tomato mengandungi banyak khasiat yang boleh mengembalikan dan pengekalkan kesihatan kulit, dan lebih-lebih lagi kulit muka.
Cara-caranya adalah:
  • Tumbuk separuh tomato sehingga menjadi pes.
  • Sapukan pada permukaan kulit secara sekata.
  • Biarkannya selama 10-20 minit.
  • Bilas dengan air yang bersih .
  • Lap muka anda dengan perlahan-lahan.
Selain menjadikan tomato sebagai mask, anda juga boleh mengamalkan pemakanannya, jadikannya salah satu diet harian anda. Tomato sangat baik untuk kesihatan kulit.

5. Hindari dan Buang Semua Sumber Kotoran pada Muka

Kuman, bakteria, habuk, minyak dan lain-lain boleh menyebabkan muka anda tumbuh jerawat, kemerah-merahan, ruam, bintik-bintik hitam dan lain-lain.
Perkara-perkara tersebut mudah menghinggapi kulit muka anda melalui medium dan perlatan yang kerap ada persentuhan dengan muka anda. Antaranya adalah tangan, telefon bimbit, sarung bantal, cermin mata dan lain-lain.
Untuk mengelak daripada perkara tersebut daripada berlaku (selain menjaga kebersihan muka), anda perlu kerapkan membasuh peralatan tersebut.

TIPS TAMBAHAN UNTUK LICINKAN KULIT MUKA

Inginkan tips tambahan dan berkesan untuk melicinkan kulit? Mungkin petua dibawah boleh membantu serba sedikit:
  1. Gunakan pengikat rambut untuk mengurangkan persentuhan rambut dengan muka.
  2. Basuh tangan sebelum menyentuh muka. Perkara ini telah terbukti bahawa ia boleh mengurangkan perbentukan bakteria pada permukaan muka – yang mana boleh menyebabkan jerawat dan bintik-bintik hitam.
Amalkan semua perkara di atas sebelum anda masuk tidur boleh memberikan kulit anda licin pada keesokan hari.
Namun, perkara ini mengambil masa dan konsistensi. Rileks!

Wednesday, 2 December 2015

5Rahsia Merawat Kecantika Wanita Pada Malam Hari

Lima Rahsia Merawat Kecantikan Wanita Pada Malam Hari 




Tak penah ada kata "Rehat" untuk merawat wajah . Dari pagi sampai ke malam, kulit wajah harus terus mendapatkan rawatan . Namun , sayang banyak wanita yang tidak menyedari hal yang demikian . Walhal , Usia masih muda .. tetapi tampilan wajah nampak sudah berumur .. 
Saat kebiasaan untuk merawat wajah biasa nya .. Pada waktu malam hari .. Sebelum tidur .. Sebab saat itu , waktu beristirehat kulit lebih lama. Ertinye , penyerapan serum dan krim malam akan menjadi max dan menyeluruh . 
Nah , agar kulit wahaj anda tetap awek muda , segar dan tegang .. Ada beberapa perawatan kulit yang rutin dikerjakan menjelang malam ... 
Berikut contoh ....   
1. Membersihkan make-up
Jangan pernah lupa membersihkan make-up sebelum tidur. Ini adalah aturan penting yang wajib diterapkan oleh seluruh wanita yang suka  "Bermake-up"
Sebab,  paparan make-up yang tak dibersihkan bisa membuat kulit susah untuk bernafas dan menyebabkan jerawat .  Selain itu, membersihkan wajah sebelum tidur, membantu menyeimbangkan pH dan melembutkan kulit.
2. Cuci muka
Setelah raut wajah dibersihkan, jangan lupa untuk mencuci muka, supaya sisa  kotoran yang masih menempel di wajah, bersih menyeluruh. Ketika menggunakan sabun pencuci muka, lakukanlah dengan gerakan memijat ringan di seluruh bagian wajah.Selanjutnya, bilas hingga bersih.  
3. Lembabkan kulit
Air membuat kulit jadi lebih kering. Untuk itu, Anda wajib melembabkannya kembali sebelum tidur. Caranya, gunakan pelembab kulit pilihan yang sesuai jenis kulit Anda. Perlu Anda ketahui, sebenarnya pelembab kulit juga bermanfaat dalam meremajakan, menutrisi kulit, dan menghilangkan kulit mati.
4. Rawat area bawah mata
Area kulit di bagian bawah mata memerlukan perawatan ekstra berbanding bahagian wajah yang lain. Hal ini disebabkan banyaknya pembuluh darah dan juga kelenjar minyak. Untuk itu, rajin-rajinlah menggunakan krim mata sebelum tidur. Manfaat lainnya dari perawatan ini adalah mencegah penuaan kulit.
5. Lembabkan bibir
Jika biasanya Anda melembabkan bibir dengan lip balm hanya saat akan berkesan. Sekarang, biasakan untuk melakukannya sebelum tidur. Manfaatnya agar bibir lebih lembab, dan mengandung kelenjar minyak segar.